Contact Us

Tan Sri G Menang Anugerah HRD Kongress Asia 2010

15 JULAI 2010 - Pengerusi Eksekutif kita, Tan Sri G. Gnanalingam telah menerima anugerah HRD Kongress Asia 2010, yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching pada 8hb Julai yang lalu. Tan Sri G mendapat pernghormatan tersebut atas sumbangan beliau terhadap kemajuan dalam bidang sumber manusia.

Anugerah HRD Kongress Asia memberi penghormatan dan penghargaan kepada para professional dan pemimpin yang telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada pembangunan modal insan dalam sesebuah organisasi.

Berucap di majlis tersebut, Tan Sri G berkata beliau amat terharu dan sukacita menerima anugerah tersebut dari HRD Kongress Asia, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

"Ini adalah anugerah sumber manusia yang ketiga untuk Westports. Yang pertama ialah Anugerah Majikan Terbaik 2004 dan diikuti dengan Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2007. Saya percaya Anugerah HRD Asia ini adalah kemuncak anugerah-anugerah ini," kata Tan Sri G.