Contact Us

Westports Raikan 50 Anak Yatim dan Fakir Miskin Pulau Indah

7 OGOS 2010, PELABUHAN KLANG - Pelabuhan Kelang 23hb Ogos 2010: Westports Malaysia Sdn Bhd, yang terletak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, hari ini menjadi tuan rumah kepada 50 anak anak yatim dan fakir miskin di Pulau Indah di majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya.

Majlis tahunan ini berlangsung di Auditorium Westports dan dihadiri oleh 200 peserta termasuk para pekerja Westports. Ianya dirasmikan oleh Pengarah Westports, Tuan Haji Ahmayuddin Ahmad.

Surau Nurul Mina, yang terletak di Westports turut serta menyampaikan sedikit bantuan selain daripada sumbangan dalam bentuk wang yang diberikan oleh Westports kepada anak anak yatim dan fakir miskin tersebut.

Tuan Haji Ahamayuddin, dalam ucapannya berkata Westports, sebagai sebuah pelabuhan dan aset utama negara, sentiasa peka dan mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat terutamanya yang berada di sekitar Pulau Indah.

Program program keagamaan dan kebajikan sentiasa diadakan bagi tujuan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Ia melibatkan semua warga Westports.

"Sebagai warga korporat yang bertanggung jawab, Westports selama ini telah banyak membantu penduduk setempat dalam mengatasi pelbagai masalah dan kekurangan. Salah satu sumbangan yang amat bermakna di Pulau Indah ini ialah pembasmian kemiskinan."

Namun masih lagi terdapat segelintir masyarakat setempat yang terus dibelenggu dengan masalah ini. Kepada mereka, Westports akan terus menyampaikan bantuan yang bermakna seperti bantuan kewangan disamping penyediaan pekerjaan di pelabuhan ini.

"Sumbangan yang diberikan pada hari ini diharap dapat menceriakan sambutan hari raya pada Syawal yang menjelang tiba. Semoga kita dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan penuh azam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, dan semoga berkat latihan berpuasa yang dilalui sepanjang Ramadhan ini akan menjadikan kita umat yang lebih baik," kata beliau.

Program ini merupakan satu jambatan kasih antara Westports dan warga luar luar khususnya penghuni rumah anak anak yatim dan melalui program ini, mereka dapat bergaul mesra dengan warga Westports dan ini sekali gus dapat mengurangkan kesedihan mereka menyambut kedatangan Syawal yang akan menjelang tiba.