Contact Us

Program Penghulu: Memangkin kepada Paradigma Baharu

Sejak bermulanya program ini pada tahun 2011, keberkesanannya sebagai mekanisme maklum balas semakin meningkat, seiring dengan prestasi Penghulu-penghulu. Sebuah cetusan idea Tan Sri Datuk G. Gnanalingam (TSG), dengan menekankan konsep kekeluargaan dan kemasyarakat sekampung. Penghulu akan turun padang untuk mendapatkan maklum balas yang cepat dan tidak ditapis daripada tenaga kerja dengan pendekatan pragmatis. Maklum balas ini telah membolehkan pihak Westports menyelesaikan pelbagai isu-isu, termasuk isu kebajikan para pekerja dengan lebih effektif semenjak perlaksanan program ini.

Tulang belakang kepada Program Penghulu ini ialah penghulu itu sendiri dan keupayaan mereka untuk mendapat kepercayaan daripada anak buahnya. Walupun objektif Penghulu adalah setara, iaitu untuk mewujudkan sebuah persekitaran dimana semangat  kepasukanan, dan kepercayaan anak buahnya adalah tinggi, namun pendekatan untuk megecapi objektif ini tetap berbeza mengikut dinamik kumpulan tersebut. Ia menjadi semakin ketara jika belia atau pekerja baharu itu baru sahaja mengecapi budaya kerja Westports yang mementingkan semangat  kepasukanan. Apabila sahaja keyakinan dan kepercayaan dapat disepakati di antara Penghulu dan anak-anak buahnya, hubungan ini ialah hubungan yang terus bertahan. Hal ini terbukti apabila, pekerja masih mendapat khidmat nasihat daripda bekas penghulunya walaupun penghulu itu telah bertukar ke pasukan lain.


Bagi memudahkan tugas Penghulu, Mentor dari Pengurusan Kanan akan ditugaskan sebagai pembimbing. Dibantu oleh Jawatankuasa Mentor, Mesyuarat Penghulu diadakan pada setiap bulan. Dalam masa yang sama, Penghulu juga akan mengambil kesempatan ini untuk bertanya khabar serta mendengar maklum-balas daripada anak-anak buahnya sambil menjamu selera.

Dengan dedikasi yang dipamerkan oleh para Penghulu, program ini telah berkembang dan telah menyelesaikan pelbagai isu-isu yang dimaklum balas. Namun, pada tahun keenamnya, Penghulu-penghulu telah mendapati penurunan dalam isu-isu penting diantara isu-isu yang diketengahkan.

Hal ini membawa kita kepada persoalan, "Adakah Program Penghulu masih relevan?"

Jawapannya masih, YA!  Apa yang dimaksudkan dengan ‘Pemangkin’ ini ialah  perbualan proaktif antara Penghulu dan anak-anak buahnya, di mana matlamat utamanya ialah penambahbaikan Westports untuk jangka masa panjang dan pengumpulan data.

Untuk tujuan ini, Jawatankuasa Mentor telah melancarkan ‘Effective Penghulu Program (EPP)’ bertujuan untuk membantu Penghulu untuk merangka semula saluran komunikasi. EPP juga bertujuan untuk menangani keterlalubergantungan kepada teknologi komunikasi (iaitu: Whatsapp dan mesej teks) yang mengurangkan masa bersemuka antara Penghulu dan anak buah beliau, yang seterusnya menghakis asas kepada Program Penghulu ini, 'KEPERCAYAAN '.

Kejayaan kepada 'Pemangkin' ini bukan sahaja terletak pada pelaksanaan inisiatif seperti EPP, tetapi juga dalam hati dan minda semua Penghulu. Dalam kata-kata Tan Sri G. "Taj Mahal tidak dibina oleh Sultan Shah Jahan, tetapi oleh ribuan pekerja-pekerja". Tanpa pekerjanya, maka tiadalah Taj Mahal, begitu jugalah budaya di Westports Malaysia.