Contact Us

Sumbangan kepada surau dan masjid di Pulau Indah sempena Ramadhan


Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang diberkati pada tahun ini, Westports telah menganjurkan satu acara khas bagi menyambut bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada surau-surau dan masjid-masjid di Pulau Indah pada tanggal 18 May.

Acara dimulakan dengan solat Asar berjemaah oleh semua para hadirin. Selepas itu, satu ceramah tentang pentingnya menyegerakan ibadah telah disampaikan oleh Ustaz Syed Putra Haizam Syed Hashim.

Selepas sesi ceramah tersebut, sumbangan kepada surau dan masjid Pulau Indah telah disampaikan oleh Encik Ahmayuddin Ahmad, pengarah Westports Malaysia Sdn Bhd, diringi oleh Encik Ahmad Damanhury, pengurus besar bahagian kejuruteraan sivil, merangkap pengerusi jawatankuasa Surau Al Mina.

Senarai surau dan masjid yang menerima sumbangan dari Westports :

  1. Masjid Ar Rahman, Sg Pinang, Pulau Indah
  2. Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah
  3. Masjid Ar-Raudah, Sg Kembong, Pulau Indah
  4. Masjid Al-Qayyum, Armada Putra, Pulau Indah
  5. Surau Hj Mukhtar, Sg Kajang, Pulau Indah
  6. Surau Hj Muhammad, Sg Kembong, Pulau Indah
  7. Surau Al-Faizin, Kastam, Pulau Indah
  8. Surau Al-Mubarak, Kg Sg Pinang, Pulau Indah
  9. Surau Al-Syakirin, Laguna Park, Pulau Indah
  10. Surau Pangsapuri Samudera, Kg Perigi Nenas, Pulau Indah
  11. Surau Imam Haji Omar, Kg Sg Pinang, Pulau Indah
  12. Surau Sri Bahtera, Armada Putra, Pulau Indah
  13. Surau Al-Muhamaddiah, Kg Telok Nipah, Pulau Indah
  14. Surau Al-Hidayah, Polis Marin, Pulau Indah

Acara diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh Jawatankuasa Surau Al Mina. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu keberkatan kepada semua warga Westports dan keluarga. 

By Kamarul, PR Manager