Technology
Import/Export Procedures
News & Ripples
Contact
Career
Useful Links
March 16 - The Westports's opera-tion team once again displayed dexterity and skills in cargo handling when they managed to hit crane productivity with a speed of 452 moves in a single hour of operations with an eight-crane deployment.

 
 
 
 
 

 
 
News Archive - 2002
 
Westport Terus Membangun
 

Pada tahun 1994, sebelum pembinaan Pelabuhan Barat atau lebih dikenali sebagai Westport di Pelabuhan Klang, kapasiti kasar pelabuhan Malaysia daripada segi pengendalian kontena ialah sebanyak 2 juta kotak. Hari ini kapasiti Pelabuhan Klang sahaja mencecah 6.5 juta manakala dari segi jumlah, ia disasar untuk mencapai paras 4.5 juta.

Pertumbuhannya bergantung kepada wujudnya kemudahan dan kapasiti untuk mengendalikan peningkatan tambahan bilangan.

Sejak memulakan operasi, Westport telah mencatatkan pertumbuhan yang baik dalam jumlah pergerakan kontena iaitu 120,00 TEUs (Bbersamaa 20 kaki) pada tahun 1997; 470,000 (tahun 1998); 830,000 (tahun 1999) dan 1.03 juta (tahun 2000).

Pengerusi Eksekutif Westport, Tan Sri G. Gnanalingam berkata, pertumbuhan pelabuhan boleh dikekalkan kerana ia berkembang dua kali ganda pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara ini.

"Pertumbuhan Westport memerlukan produktiviti tinggi berbanding struktur kadar kompetitif, kepantasan kapal berlabuh dan berlayar serta kepantasan barangan daripada pengilang.

"Westport telah tumbuh daripada 1.45 juta pada tahun 2001 kepada 2.2 juta pada tahun 2002, dan kini dalam kedudukan baik untuk mencapai 2.5 juta TEUs tahun depan.

"Pada masa yang sama, Pelabuhan Klang juga telah berkembang dan disasar untuk mencecah lima juta TEUs tahun depan." Kata Gnanalingam.

Beliau berkata, Westport juga bersedia untuk mencapai pertumbuhan berasaskan pembekalan berterusan.

Perkapalan adalah perniagaan global dan persaingan sengit di peringkat antarabangsa memaksa syarikat perkapalan untuk bergabung untuk meneruskan kelangsungan ekonomi.

Menguruskan pelabuhan juga telah menjadi kegiatan global. Justeru, perkongsian strategik adalah penting dan juga peluang bagi pelabuhan untuk menambah nilai serta meningkatkan kedudukan intrinsik mereka.

Pada pertengahan tahun 2000, Westport membentuk pakatan strategik dengan Hutchison Port Holdings, pengendali pelabuhan bebas terbesar di dunia.

Hutchison memiliki pelabuhan di Hong Kong, China, Rotterdam, United Kingdom, Myanmar, Indonesia dan Kepulauan Caribbean.

Perkongsian itu memberikan Westport akses kepada teknologi, sistem teknologi maklumat (IT) dan nisbah produktiviti di 18 pelabuhan di seluruh dunia.

Banyak syarikat perkapalan besar dunia berlabuh di pelabuhan-pelabuhan ini dan mereka mengalu-alukan faedah daripada system IT, prosedur operasi, istilah dan produktiviti yang serupa di Westport.

Matlamat utama daripada perkongsian dengan Hutchison ialah menukar Westport menjadi pusat pelabuhan mega yang akan menyediakan dermga laut dalam yang cekap dan boleh harap serta perkhidmatan pengendalian yan terbaik di rantau ini.

Ini kelak akan membolehkan Westport menembusi pasaran yang selama ini sukar dicapai.

Satu lagi faktor penting dalam peningkatan bilangan kotak tempatan Westport ialah sokongan kuat yang diperolehi daripada pelanggan-pelanggan setianya.

Konsortium Perancis, CMA-CGM menjadikan Westort sebagai pusat sambungan utama antara Timur dan barat pada tahun 1999, dan ini menghasilkan peningkatan besar alam bilangan kontena - daripada lebih 25,000 kotak pada tahun 1998 kepada setengah juta pada tahun 2002.

Usahasama Westport dengan Hanjin, syarikat perkapalan terbesar Korea selatan telah tumbuh kukuh, menghasilkan angka berganda berjumla 300,00 TEUs pada tahun 2002.

Terkemuka

CSCL tau Perkapaln China, satu lagi MLO terkemuka dunia, turut menjadi Wesport sebagai pusat Asaia Tenggaranya dan mencatatkan peningkatan dalam bilangan import dan eksport tempatan.

Daripada 41,000 TEUs pada thaun 2000 kepada 105,000 tahun lalu dan 250,000 pada tahun 2002, CSCL tidak dinafikan merupakan syarikat perkapalan yang paling pantas pertumbuhannya di Wetport.

Komitmen Westport untuk mencapai perkhidmatan kualiti tinggi telah menyaksikan pakatannya dengan Evergreen syarikat perkapalan kedua terbesar di dunia, tumbuh pesat dengan 200,000 TEU pada tahun 2002.

Sementara para pelanggannya mengiktiraf kecekapan Westport sebagai sama kelas dengan pelabuhan terbaik dunia, Westport akan terus berdedikasi penuh ke arah membangunkan pendekatan inovatif termasuk memperkenalkan konsep baru dalam industri dan memberi khidmat yang konsisten diatas piawaian industri.

Those who need further information can contact A G Thilagan at 012-334-4484 or ICCIS at 03-7955 2248.

The Federal Territory Wanita MCA said the recently proposed amendments to the Money Lenders Act 1951 should include a mandatory jail term of 10 years and five strokes of the cane on those found guilty of loansharking.

In strategic bureau deputy chairman Tai Sim Yew said there should also be a legal provision making it mandatory for victims of loan sharks to be charged with abetment.

 
 
 

 

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
©2006 Westport Malaysia. All rights reserved. Legal Info

Latest News | Ripples | Statistics | Press Releases
 
Privasia
Legal Info Privasia Home