DARI kedudukan di tangga 21 pada tahun 1998, Pelabuhan Klang telah memperbaiki prestasinya di tempat ke-14 etahun kemudian. Usahanya tidak terhenti di situ.sahaja apabila terus melonjak sehingga ke tangga ke-12 hari ini.
Pencapaian itu disumbangkan oleh peningkatan besar dalam jumlah aliran kontena dan perniagaan pemindahan daripada kapal yang dicatatkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Daripada sejumlah 3.7 juta TEU yang dikendalikannya pada tahun 2001, pelbuhan Klang telah mencatatkan pertumbuhan hampir 19 peratus, menjadikan keseluruhannya 4.4 juta TEU sepanjang tahun ini.
Banyak pihak optimistik bahawa angka ini masing masing akan mencapai lima dan 8.4 juta pada tahun depan dan menjelang 2010.
Bagaimanapun, kejayaan ini bukanlah berlaku dengan usahanya yang bersendirian.
Para pemimpin kerajaan dan pelbagai kumpulan telah bekerjasama rapat dengan banyak pengendali pelabuhan lain di Pelabuhan Klang untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan kemudahan yang menyebabkan para pelanggan kembali dengan lebih banyak lagi.
Selaras dengan pengumuman kerajaan pada tahun 1993 untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai Pusat Muatan Negara, banyak rancangan ke arah itu telah dijalankan.
Bagaimanapun, ia merupakan satu tugas yang mencabar untuk mengarah dan menggabungkan kesemua kapal-kapal yang menuju ke pelbagai destinasi pelabuhan menjadi hanya satu lokasi tunggal, iaitu Pelabuhan Klang.
Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) merupakan penguat kuasa utama di belakang visi masa depan Pelabuhan Klang ini.
Ditubuhkan pada 1 Julai 1963, PKA telah dimandatkan untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Pentadbiran Keretapi Melaya.
Perdana
Dalam tempoh 39 tahun, PKA telah menukarkan pelabuhan ini dari sebuah pelabuhan kereta api kepada pelabuhan perdana negara yang mampu meletakkan dirinya dipersada antarabangsa juga.
Disokong oleh keazaman kuat untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah pelabuhan persinggahan pilihan bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga aliran rantau ini, PKA telah menetapkan beberapa matlamat untuk dicapai oleh Pelabuhan Klang.
Pelabuhan Klang antara lain perlu :
| + |
Menyediakan tahap piawaian tinggi keselamatan kargo di samping memastikan perlindungan pengemudian yang selamat kepada kapal-kapal. |
| |
|
| + |
Menyediakan perkhidmatan yang kos efektif dan bertaraf antarabangsa |
| |
|
| + |
Membangunkan tenaga kerja yang bermotivasi dan terlatih untuk memenuhi pertumbuhan permintaan industri pelabuhan. |
| |
|
| + |
Mewujudkan persekitaran komersial yang kondusif untuk memberikan para pedagang kelebihan persaingan dalam pasaran antarabangsa. |
| |
|
| + |
Membangunkan kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan yang pacuan bekalan (Supply-driven) untuk menanggung peranan serantau yang lebih besar. |
Sejak beberapa tahun yang lalu, Pelabuhan Klang muncul sebagai sebuah pelabuhan yang termaju dan menjadi pilihan perniagaan pemindahan dari kapal.
Mendapat pengiktirafan dan anugerah berkelas dunia sudah menjadi satu perkara biasa baginya. Masing-masing Northport dan Wetport, dua pengendali terminal utama di Pelabuhan Klang telah mengumpulkan pembahagian sama rata baik dari segi penghargaan dan sanjungan.
Pada tahun 2000, Northport telah menerima sijil ISO 9002:1994 bagi perkhidmatan Perkapalan dan Perkhidmatan Kargo.
Northport dalam tahun yang sama telah muncul sebagai pelabuhan pertama di negara ini yang mencapai angka kendalian TEUs sebanyak dua juta dalam satu tahun.
Pada tahun 2001, Northport telah ditempatkan pada kedudukan kelima dalam kategori Pelabuhan Laut Terbaik Asia dan Pengendali Terminal Kontena Terbaik Asia.
Ia merupakan satu pencapaian yang menakjubkan kerana ia bermakna, Northport kini berada dalam sekutu eksklusif pengendali terminal termasyhur dunia seperti PSA, HIT, Maersk-Sealand dan MTL.
Dalam tahun yang sama kemudiannya, Northport telad diundi sebagai salah satu daripada 10 majikan terbaik.
Pencapaian Northport yang terbaru ialah dinamakan sebagai CIO Honouree 2002, satu anugerah paling berprestij bagi penggunaan teknologi maklumat (IT).
Ditauliahkan
Persatuan Kepiawaian Antarabangsa telah memperkenalkan siri baru ISO9002:2000 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang perlu digunapakai oleh semua persatuan yang telah ditauliahkan dengan edisi terdahulu (ISO 9002:1994) menjelang Disember 2003.
Northport telah memutuskan untuk memulakan langkah menaiktaraf ini bermula pada Mei 2002 dengan harapan untuk menyiapkannya menjelang Disember 2003.
Sementara itu, Westport juga merupakan penerima pelbagai anugerah di peringkat domestik, rantau mahupun dunia.
Bermula dengan tahun 1997 apabila ia ditempatkan di tangga ke-19 pada Anugerah Industri Fret Asia, Westport terus memperbaiki kedudukannya ke nombor sembilan pada tahun 1998 dan meloncat kepada tempat keenam pada tahun 1999.
Ia juga meraih tempat keenam dalam kategori Pengendali Kontena Terbaik pada tahun yang sama selain dicalonkan sebagai Terminal Kontena Baru Terbaik pada Anugerah Senarai Maritim Asia Lloyd’s.
Westport, pada tahun 1999 telah berjaya meningkatkan imej pelabuhan dengan menjadi lebih mesra awam dan menentukan pendirian bangsa ke arah lebih banyak penggunaan positif pelabuhan-pelabuhan Malaysia.
Kejayaan ini rata-ratanya dicapai menerusi komersialnya di televisyen ‘Pelabuhan Alaf Baru’ yang telah memenangi anugerah Filem Antarabangsa Amerika Syarikat dan Video Festival Silver Screen dalam kategori Pengembaraan, Geografi, Pengangkutan.
Anugerah ini juga telah membantu mengembalikan kedudukan Westport dalam memainkan peranan yang utama dalam mencapai visi Malaysia ke arah masa depan maju berteknologi.
Memenangi
Ia juga memenangi Anugerah kehormat FIABCI sebagai Pembangunan Sektor Awam Terbaik dan Anugerah Landskap Terbaik Daerah Klang daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Ia juga muncul sebagai pelabuhan pertama menerima penganugerahan status Superbrand 2002, satu pengiktirafan terhadap keanjalannya yang terpuji serta ketahanannya dalam memenuhi permintaan pasaran yang berterusan dan cerewet.
Dengan peningkatan berkekalan dalam jumlah aliran dan pemindahan kapal, Pelabuhan Klang berada dalam kedudukannya yang baik untuk masa depan yang lebih gemilang.
Hanya masa yang menentukan sebelum Pelabuhn Klang menjadi satu daripada 10 pelabuhan terbaik di dunia. |