Tahun 2002 menyaksikan babak yang menarik dalam perniagaan penghantaran pada pasaran tempatan dan serantau di Westport.
Pelabuhan ini kini meraih status sebagai salah sebuah pelabuhan utama dunia yang melaksanakan system dan kemudahan dipacu oleh teknologi setelah menyedari hanya dengan berbuat demikian, ia dapat maju ke hadapan.
Ia memperkenalkan pengenalan Sistem Kargo Konvensional Jenerasi Baru (NGCCS) yang menerajui konsep operasi baru dalam pengurusan terminal kargo konvensional.
NGCCS berfungsi mengendalikan import, eksport dan dokumentasi penghantaran, menerima permohonan dermaga dan merancang tugasan dermaga, penghantaran malim selain daripada mengendalikan bil caj marin dan kargo.
Kini, fungsi seperti akaun kargo, merekodkan kuantiti kargo dilakukan dengan lebih teliti menerusi sistem automasi yang lebih pantas.
Fasa pertama NGCCS merupakan pengenalan Sistem Keselamatan Kad Pintar (SCS). SCSS telah disasarkan untuk menyediakan pengenalan keselamatan di Westport.
Pihak lembaga pelabuhan akan memberikan kepada ejen penghantar dan pengangkut barang kad pintar – kad pengenalan ni mengandungi maklumat seperti maklumat peribadi/syarikat serta gambar pemegang kad tersebut.
Apabila memasuki pelabuhan, ejen penghantar perlu menyerahkan kad pintar itu kepada pegawai di pintu pelabuhan untuk membolehkan mereka mengambil pas pintu.
Pas pintu ini akan diberikan kepada pemandu dan pengangkut barang bagi membolehkan mereka menggunakannya dengan kad pintar masing-masing apabila mereka ingin memasuki pelabuhan.
Kesemua prosedur dan transaksi ini akan direkodkan secara elektronik dan disimpan dalam pangkalan data. Oleh itu, tiada kemasukan yang tidak diluluskan akan berlaku.
Kemajuan SCSS telah membuka langkah bagi kad pintar bersepadu dan Terminal Layan Diri yang disasar untuk meningkatkan produktiviti Westport.
Pendekatan baru ini akan membenarkan ejen pengangkutan dan penghantar barangan menjana pas pintu mereka sendiri (dengan kod bar) di Terminal Layan Diri daripada mendaftar kepada pegawai.
Konsainmen
Mereka boleh memungut konsainmen dan memasuki terminal selepas pas terminal mereka diimbas oleh pegawai. Keberkesanan SCSS kini mula diiktiraf oleh pihak lain, bagi menggantikan sistem keselamatan tradisional yang kurang selamat.
“SCSS mempunyai peluang yang cerah untuk diikuti oleh pelabuhan lain. Kini kedua-dua Lembaga Pelabuhan Kelang dan Northport sedang mencari system yang baik untuk melaksanakan kad pintar yang merupakan keperluan standard untuk semua ejen pengangkutan dan penghantar kontena di Pelabuhan Kelang,” kata Pengerusi Eksekutif Westport, Tan Sri G.Gnanalingam.
Kad bayaran elektronik tanpa tunai Startag telah dilancarkan pada fasa kedua NGCCS pada September tahun lalu.
Dengan pembayaran tanpa tunai Startag, kakitangan Westport boleh melakukan pembelian di 11 kedai dan kedai petrol yang terletak dalam pelabuhan tanpa melakukan pembayaran tunai. Malahan, jumlah yang dibelanjakan akan ditolak secara automatik daripada gaji bulanan mereka.
Mereka juga boleh menggunakan skim kemudahan Startag yang membenarkan kredit elaun untuk tempoh 30 hari.
Rancangan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran prabayar juga sedang dilakukan. Peruncit juga telah melahirkan rasa gembira dengan system baru ini.
Seorang pengendali kedai berkata bahawa mereka tidak perlu bimbang mengenai memegang tunai yang banyak dalam meja. Pembayaran dengan jumlah yang kecil juga dihapuskan kerana semua transaksi dilakukan tanpa menggunakan tunai.
Tan Sri G.Gnanalingam berkata, Startag menandakan satu lagi standard industri yang dimulakan oleh Westport – tiada syarikat telah melaksanakan system revolusi seperti ini.
Ia merupakan satu lagi langkah untuk merialisasikan penggunaan teknologi terkini secara besar-besaran dalam semua aspek operasi pelabuhan.
Fasa ketiga NGCCS melibatkan sistem litar tertutup (CCTV) yang ditadbir oleh Pusat Kawalan Pusat.
Semua operasi yang dilakukan oleh Terminal Kargo Konvensional dipantau efisien dan keberkesanannya.
Dengan penggunaan system CCTV, penyelia yang bertugas kini boleh memerhati dan menilai status operasi – seperti kapal berlabuh dan meninggalkan dermaga, pemindahan bagan, memunggah kargo, penghantaran dan penyimpanan kargo – di dermaga, kawasan lapang dan di pintu pagar secara serentak.
Sistem ini akan memaklumkan kelewatan dan kemasukan kapal. Enam kamera CCTV diletakkan di tempat strategic di terminal kargo konvensional bagi menyediakan pandangan yang luas di kawasan tersebut di mana aktiviti operasi berlaku.
Kakitangan keselamatan boleh memilih untuk melihat secara lebih dekat di mana-mana tempat. Imej daripada enam CCTB ini dirakamkan secara automatik untuk dimainkan semula sekiranya perlu berbuat demikian.
Manivannan Rethinam, Pengurus MIS untuk Terminal Konvensional di Westport menegaskan bahawa CCTV akan menyediakan para penyelia penguasaan yang lebih terhadap aliran kerja.
“Sebelum pemasangan system CCTV, pegawai pelabuhan perlu pergi ke dermaga, dari sebuah kapal ke sebuah kapal dan kerap bergantung kepada eksekutif trafik bagi memantau kemajuan sesuatu kerja,” katanya. |