SEBAGAI satu usaha ke arah mencapai ketelusan dan meningkatkan keberkesanan serta kepantasan proses pemerolehan, Westport Malaysia melaksanakan sepenuhnya semua kegiatan perolehan secara elektronik.
Penggunaan e-Pemerolehan dan e-Pembidaan terbukti berkesan meningkatkan kecekapan operasi.Selain ketelusan, ia menawarkan penjimatan terhadap pemprosesan kerja dan kos, sekali gus menjurus ,ke arah tadbir urus korporat lebih baik.
"Kebanyakan syarikat multinasional di dunia menggunakan teknologi e-Pemerolehan dan e-Pembidaan."Sepanjang pengetahuan kami, Westport adalah satu-satunyanya syarikat tempatan mengguna pakai teknologi e-Pemerolehan dan e-Pembidaan," kata jururunding pemerolehan di Privasia Sdn Bhd, penyedia penyelesaian teknolgi maklumat (IT).
Sejak tiga tahun lalu, inisiatif e-Pemerolehan dan e-Pembidaan memberi penjimatan melebihi RM75juta kepada Westport.Bida sehingga AS$50 juta dilaksanakan membabitkan penjimatan antara sembilan hingga 60 peratus.
Masa bagi proses pemerolehan dan pembayaran ke akaun dapat dikurangkan sekitar 76 peratus, manakala kitaran masa daripada pengguna membuat tuntutan, mendapatkan kelulusan bajet dan pesanan belian menjadi jelas kepada pembekal.
Terkini, e-Pamerolehan berjaya mewujudkan persekitaran yang telus secara menyeluruh membabitkan semua urusan pemerolehan barangan dan perkhidmatan haiian di Westport.Dengan semua keputusan utama dilaksanakan menerusi teknologi e-Pembidaan, setiap ringgit yang dibelanjakan adalah telus.
Setiap bida boleh dipantau Pengurus Kanan dari mana-mana saja menerusi akses internet. Kemasukan bida pula dikawal menerusi penggunaan kata laluan untuk pembeli dan pembekal, dan maklumat lengkap bida disimpan termasuk penyerahan bida, oleh siapa dan bila ia dila kukan memudahkan rujukan.
Penggunaan e-Pemerolehan dan e-Pembidaan terbukti berkesan meningkatkan kecekapan operasi. Selain ketelusan, ia menawarkan penjimatan terhadap pemprosesan kerja dan kos, sekali gus . menjurus ke arah tadbir urus korporat lebih baik.
Semua ini menyumbang kepada _etelusan dan keadilan selain amaIan korporat yang beretika. Menerusi penggunaan e-Pembida- . an sebagai operasi standard, kos dapat dikurangkan, pengeluaran menjadi lebih cekap dan pemerolehan dapat dilakukan pada harga kompetitif. Ini menjadikan Westport Ie" bih kompetitif berbanding pelabuhan lain yang tidak mengguna pakai sistem sarna.
Dalam organisasi yang kompleks dan pelbagai seperti Westport usaha menyatukan setiap kontrak secara meluas membolehkan pelabuhan itu mendapat harga terbaik atau diskaun tertinggi walaupun mempunyai ramai pembekal. Ini hanya boleh dicapai menerusi menyumberkan kontrak berkenaan secara berpusat menerusi e-Pembidaan, dan membuka akses kepada semua pengguna menerusi katalog elektronik.
Selain itu, penggunaan sistem itu menghapuskan semua elemen birokrasi yang menjejaskan kecekapan selain memastikan kepuasan pengguna dan pem bekal. Westport berjaya mewujudkan sistem e-Pemerolehan dan katalog yanglengkap di internet selain kaedah penyerahan borang perniagaan seperti tempahan penghantaran (DO) dan invois menerusi Web EDI.
Pelabuhan berkenaan juga melabur banyak masa dalarn mendidik dan melatih pembekal menggunakan sistem itu. Setakat ini, maklum balas yang diterima daripada pembekal amat baik sekali. Dengan e-Pemerolehan dan e-Pembidaan, Westport Malaysia menjamin peluang sarna rata kepada semua pihak, memastikan persaingan sihat dan adil, serta mengekalkan standard etika tertinggi dalam semua transaksi. Westport Malaysia hari ini boleh mengiktiraf dirinya sebagai pel1eraju dalam industri pelabuhan dari aspek pemprosesan pemerolehan, manusia dan teknologi.
Berita Harian, 26.9.2005 |