WESTPORT ditubuhkan pada September 1994 bagi menjayakan usaha kerajaan menjadikan pelabuhan Klang hab pengangkutan utama di rantau ini. Pada 1996 terminal dipertingkatkan dengan teknologi Vehicle Terminal Centre(VTC).
Tidak dinafikan, Westport memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan perdagangan maritim di Pelabuhan Klang. Dari segi pengendalian kargo, Pelabuhan Klang adalah antara 13 pelabuhan utama dunia.
Sebagai pelabuhan paling bersepadu di negara ini, Westport mempunyai kemudahan dan perkhidmatan paling meluas di rantau ini.
Ia mengendalikan pelbagai jenis kargo, daripada kontena dan kenderaan, hinggalah kepada kargo pilkal basah, kering dan terpecah. Aliran ke arah kepelbagaian asas kargonya mencerminkan populariti pelabuhan itu, selain keupayaan bersaing dipasaran global. Sebagai pelabuhan moden, penggunaan teknologi maklumat (IT) yang meluas memberikan kelebihan kepada Westport dan menjadi pelabuhan terbesar dalampengendalian kargo di negara ini.
G-LINKS, sistem rangkaian komputer Westport, bertanggungjawab mengawal setiap aspek operasi pelabuhan, daripada kawalan pekarangan, pengurusan trafik, automasi pintu pagar, sambungan telefon, hinggalah kepada operasi hidrografik dan marin. Berasaskan konsep 'pelabuhan pantas', Westport komited mencapai tahap menunggu sifar termasuk masa berlabuh, . penjelasan kastam, khidmatmenarik kapal, proses pembayaran dan perkhidmafan pelanggan.
Aspirasi Westport ialah mengubah persepsi orang ramai terhadap pelabuhan seperti kotor, gudang tak terurus dankren berminyak dengan memperkenalkan konsep pelabuhan da,lam taman. Bangunan dan struktur dibina secara harmoni diselubungi keindahan persekitaran semula jadi penuh kehijauan.
Kawasan pelabuhan memberi penekanan kepada landskap dengan taman, ship dengan jeram mini dan taman batu bertujuan mewujudkan persekitaran yang damai baik kepada mereka yang bekerja mahupun yang mempunyai urusan di situ.
. Menjalin rakan kongsi
Perkapalan adalah perniagaan global. Persaingan . antarabangsa memaksa syarikat perkapalan bergabung untuk terus hidup. Mengurus terminal juga menjadi aktiviti global yang mana rakan kongsi strategik adalah perlu, selain membolehkan pelabuhan menambah riilai dan meningkatkan kedudukannya.
Pada pertengahan 2000, Westport mewujudkan kerja sarna dengan Hutchison Port Holdings, pemilik dan pengendali pelabuhan bebas terbesar dunia. Usaha sama itu membolehkan Westport mendapat akses kepada teknologi, sistem IT dan nisbah produktiviti di 18 terminal seluruh dunia.
Hutchison .memiliki pelabuhan di Hong Kong, China, Rotterdam, UnitedKingdom, Myanmar, Indonesia dah kepulauan Caribbean. Banyak syarikat perkapalan terbesar dunia berlabuh di pelabuhan berkenaah, dan mereka menyambut baik sistem IT, prosedur operasi, terminologi dan produktiviti seragam di Westport.
Matlamat utama usaha sarna dengan Hutchison ialah menjadikan Westport hab mega yang mampu menawarkan pelabuhan laut dalam berkesan dan efektif serta perkhidmatan pengendalian kargo terbaik. Ini bakal membolehkan Westport menerokai pasaran yang sebelum ini tidak berupaya dicapainya.
. Promosi
Wesport mempromosikan secara aktif setiap aspek rangkaian logistik, daripada pemasaran perkhidmatan perkapalan, pengangkutan barangan dan kemudahansampingan kepada pemilik kargo, hinggalah kepada syarikat mengangkut barangan, termasuk menarik pengendali pengantara.
Westport boleh dikatakan berjaya sebagai peneraju dalam meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi orang ramai terhadap pelabuhan. Contohnya,kempen 'Kenali Pelabluhan Anda' pada 1998 telah menaikkan imej pelabuhan mesra orang ramal
Westport juga peneraju dalam menyampaikan maklumat dengan menerbitkan majalah dalaman, Ripples. Westport juga menyumbang artikel dan berita kepada akhbar tempatan. Akbar tempatan kini mula memainkan rencana mengenai Westport setiap minggu. Pengiklanan juga penting dalam menaikkan imej Westport. Ramai yang masih ingat iklan televisyennya 'Pelabuhan Alaf Baru'. Ia adalah kenyataan berimi dan berwawasan. IkIan itu telah memenangi anugerah Silver Screen di Festival Filem dan Video Antarabangsa di Amerika Syarikat.
. Nilai Penjenamaan
Ikan lumba-Iumba adalah maskot Westport. Ia lambang pelabuhan tersohor: Sebagaimana mamalia itu, Westport adalah sebuah pelabuhan pintar didorong keupayaan teknologi tinggi. Ia juga melambangkan kepantasan. Pelanggan mengllarapkan perkhidmatan pantas dan efisien. Yang paling utama Westport mesra pengguna termasuk kepada pemilik kargo, penghantar fret, syarikat pengangkut darat dan seluruh kakitangan di pelabuhan.
Berita Harian , 01.7.2005 |