Technology
Import/Export Procedures
News & Ripples
Contact
Career
Useful Links
March 16 - The Westports's opera-tion team once again displayed dexterity and skills in cargo handling when they managed to hit crane productivity with a speed of 452 moves in a single hour of operations with an eight-crane deployment.

 
 
 
 
 

 
 
Latest News - 2005
 
Westport beri khidmat berkualiti, pantas
 

HANYA dalam satu dekad, Westport Malaysia sudah dibangunkan menjadi sebuah pelabuhan pelbagai guna dengan kemudahan berkelas dunia.Dikenali sebagai pelabuhan fleksibel pertama di Malaysia, Westport memiliki kepakaran dan kemudahan mengendali kedua-dua kargo kontena dan konvensional.

Westport bermula sebagai sebuah terminal konvensional. Hari ini ia terkenal sebagai terminal konvensional terbaik di rantau ini dari segi piawai prestasi, produktiviti dan keseluruhan kendalian.Dengan misi menyediakan perkhidmatan berlrnaliti dan pantas, kadar memunggah di terminal konvensional Westport telah mengatasi piawai industri

Pengendalian lebih cekap adalah dijangkakan mulai tahun ini sejajar liberalisasi perdagangan kenderaan di bawah Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta)

Di pelabuhan lain, kargo kering (dry bulk) biasanya dipooggah pada kadar purata 100 tan sejam, tetapi di Westport ia ditingkatkan kepada 600 tan sejam.Bagi kargo berpecah (break bulk) pula, ,kadar memunggah purata industri ialah 100 tan sejam, manakala di Westport 300 tan sejam adalah biasa.

Terminal pengendalian cecair Westport, kargo cecair di pooggah antara 400 hingga 4,000 tan sejam berbanding jangkaan industri 200 tan sejam.Pusat Terminal Kenderaannya, adalah terminal automotif pintar paling canggih di Asia Tenggara, mengendalikan 104,000 kenderaan taboo lalu, iaitu peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding taboo sebelumnya.Pengendalian lebih cekap adalah dijangkakan mulai tahun ini sejajar liberalisasi perdagangan kenderaan di bawah Kawasan Perdagangim Bebas Asean (Afta).

Tahap produktiviti tinggi menggambarkan komitmen Westport untuk mencapai tahap produktiviti optimum. Dengan memiliki peralatan dan mesin termoden yang dikendalikan tenaga kerja mahir, Westport membayangkan tahap produktivitinya akan terus meningkat.Produktiviti dan kepantasan kren dermaga kapal kedaratan adalah faktor penting mengira tahap kecekapan kendalian kargo di terminal. Sebelurn Westport, produktiviti kren adalah pada kadar 16 hingga 17 peJ;"gerakan sejam (pjs). Pelabuhan terbaik dunia mampu mengendalikan pada kadar purata 25 pjs.

Hari ini, dengan rangkaian kren panamax, perancangan terperinci dan keberkesanan operasi, Westport muncul peneraju dalam produktiviti kren berbanding pelabuhan utama dunia lain. Pengendalian krennya melonjak daripada purata 22 pjs pada 2002 kepada 30 pjs tahun lalu dengan lebih 50 peratus kapal mencapai produktiviti 35 pjs.Daripada 20,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada 1996, Westport hari ini mengendalikan 2.6 juta TED. Lonjakan itu disurnbangkan pengendali barisan utama (MLO) di Westport.

Pertumbuhan 2005 berkait rapat peningkatan MLO di Westport dan menerusi perkhidmatan secara terus yang diperkenalkannya.Westport kini bersedia mengendalikan tiga juta TEU kontena menjelang akhir tahun ini berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam suku pertama 2005.1'ahun lalu, Westport mengendalikan kira-kira 2.6 juta TEU kontena. Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, jumlah kendaliannya berkembang sebanyak 12 peratus kepada lebih 700,000 TEU berbanding suku pertama 2004, manakala pendapatan meningkat sebanyak 15 peratus.

Tahun lalu, Westport meraih pendapatan kira-kira RM500 juta. Pengerusi EksekutifWestport, Tan Sri G Gnanalingam, berkata pihaknya berada pada kedudukan baik untuk menguasai lima juta kontena setahun dalam lima tahun akan datang memandangkan pEmingkatan keupayaan, prasarana canggih dan tahap produktiviti kami yang tinggi.

Dari segi prasarana, kata Gnanalingam, Westport akan menambah kepanjangan pelabuhan sebanyak 600 meter lagi, selain membeli empat kren tambahan menjelang akhir tahun ini. Ketika ini, Westport mempunyai 17 kren dermaga dan 20 kren jeti Super Post Panamax, dua kren pelabuhan mudah alih, 63 kren ganteri, 192 kepala lori, 214 trailer dan 12 mesin pengangkat.

Berita Harian, 19.07.2005

 
 
 

 

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
©2006 Westport Malaysia. All rights reserved. Legal Info

Latest News | Ripples | Statistics | Press Releases
 
Privasia
Legal Info Privasia Home