APABlLA sesebuah pelabuhan sering memecahkan rekodnya sendiri dan meningkatkan piawai untuk prestasi seterusnya, hanya satu susulan yang pasti, keputusan cemerlang setiap masa.
Komitmen Westport menawarkan perkhidmatan pantas serta kualiti terbaik, menyaksikannya sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan. Produktiviti kontena di Westport amat memberangsangkan.
Daripada pemunggahan hingga ke pengagihan (channeling), Westport mengendalikan kontena pada kelajuan tinggi. Rekod 30 pergerakim sejam (psj) dicapainya tahun lalu, melepasi ketangkasan industri 25 psj.
Kepantasan pengendalian kontena mencerminkan kepantasan pemunggahan. Daripada kadar pemunggahan 3,000 tan sehari, Westport hari ini memunggah kargo kering pada kadar 15,000 tan sehari, sekali gus melebihi kadar harian industri 5,000 tan.
Kadar pemunggahan konvensional juga membanggakan. Produktiviti kargo terlerai ialah 300 tan sejam (tsj), kargo kering pula 500 tsj, manakala cecair 3,000 tsj. Angka itu jelas melebihi tahap industri iaitu masing-masing 100tsj, 100 tsj dan 400 tsj.
Kepantasan memunggah kargo berkait rapat dengan kenaikan pengendaliaIi kargo di Westport. Daripada 1.1 tan pada 1996, Westport meningkatkan pengendalian kargo kering kepada 3.8 tan tahun lalu. Westport mensasar mencapai pengendalian kargo 4.2 tan tahun ini.
Produktiviti kapal, iaitu pengendalian kontena dari kapal ke darat di Westport mencatatkan pertumbuhan dua angka. Daripada 204 psj masa terbaik direkodkan. dalam mengendalikan kapal Regina Maersk Ogos 1998, Westport memecah rekod dunia 368 psj.
Penguasaan Westport dalam masa penghantaran dan keseluruhan pengendalian kontena disumbangkan teknologi terkini, peralatan moden dan kakitangan terlatih. Sebagai contoh, peralatan teknologi tmggi, termasuk 20 kren Super Post Panamax membantu mengurangkan pemunggahan kontena daripada kapal ke darat. Kemudahan canggih lain, seperti Kapal Pengangkut Sangat Besar (VLCC) yang boleh mengangkut 100,000 tan kargo cair pada kadar pemunggahan lebih pantas.
Berita Harian, 19.10.2005 |