Technology
Import/Export Procedures
News & Ripples
Contact
Career
Useful Links
Sept - Westports Malaysia has won the inaugural Technology Business Review Award for Excellence in Logistics - Port Services. The Port was recognized and rewarded for embracing technology as a culture and as an innovating factor to improve services with customers in mind.

 
 
 
 
 

 
 
Latest News - 2007
 
Westports Kendali Kontena 4 Juta TEU
 

Oleh: AZIAN AZIZ

PELABUHAN KLANG 7 Dis. – Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports) mencatat pengendalian kontena berjumlah 4 juta TEU, jumlah tertinggi dicatat oleh pelabuhan itu setakat ini.

Pencapaian itu yang dicatat semalam, meletakkan Westports di landasan untuk mencapai jumlah kendalian kontena sebanyak 4.3 juta TEU penghujung tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Westports, Ruben Emir Gnanalingam hari ini.

Beliau berkata, pelabuhan itu pernah mencecah satu juta TEU pada tahun 2000, dua juta TEU (2002) dan tiga juta TEU (2006).

Menurutnya, jumlah kendalian kontena untuk 11 bulan tahun ini juga meningkat kepada 3.95 juta TEU, berbanding dengan 3.35 juta TEU dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

‘‘Pertumbuhan kami amat konsisten dan trend ini dijangka berterusan.

‘‘Kami juga menjangkakan pertumbuhan keseluruhan sebanyak 17 peratus untuk tahun ini,” katanya.

Menurut beliau, jumlah kendalian kontena tempatan juga menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan seperti pada tahun lepas, iaitu sekali lagi mencecah satu juta TEU pada tahun ini.

Angka tersebut membolehkan kontena tempatan mencapai pertumbuhan sebanyak 15 peratus kepada 1.23 juta TEU pada penghujung tahun ini berbanding dengan 1.07 juta TEU pada 2006.

‘‘Pencapaian ini mencerminkan kerjasama kukuh antara Westports dengan pelanggan utamanya.

‘‘Kami sentiasa mencari jalan terbaik untuk memperbaiki tahap perkhidmatan kepada pelanggan.

‘‘Pencapaian kita pada hari ini adalah bukti bahawa Westports amat menitikberatkan perkhidmatan bertaraf dunia,” ujarnya.


Utusan Malaysia, 12.12.2007


 
 
 

 

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
©2006 Westport Malaysia. All rights reserved. Legal Info

Latest News | Ripples | Statistics | Press Releases
 
Privasia
Legal Info Privasia Home