| KUALA
LUMPUR 6 April - Westports Malaysia,
pelabuhan kontena yang paling
pesat berkembang di Malaysia,
merekodkan pertumbuhan 19 peratus
apabila mengendalikan sejumlah
1.16 juta TEU (unit kontena
bersamaan dua puluh kaki) dalam
tempoh suku pertama tahun ini
yang berakhir 31 Mac, berbanding
976,832 TEU dalam tempoh yang
sama tahun lepas.
Pelabuhan itu bukan sahaja mencatat
prestasi cemerlang bagi tempoh
tiga bulan, malah merekodkan
421,637 TEU pada Mac, angka
paling tinggi yang pernah direkodkan
dalam satu bulan tunggal setakat
ini, kata Westports.
"Pencapaian pada suku pertama
mencerminkan sokongan padu semua
pelanggan perkapalan kita. Kami
bangga dengan prestasi pesat
semasa dan pertumbuhan keseluruhan
19 peratus dalam suku pertama
2008," kata Pengarah Eksekutifnya,
Ruben Emir Gnanalingam dalam
satu kenyataan hari ini.
MencapaiPencapaian itu baik
untuk pelabuhan tersebut mencapai
angka sasarannya sejumlah 5
juta TEU menjelang akhir tahun,
katanya.
Westports berkata, pengendalian
kontena tempatan juga meningkat
daripada 266,693 TEU pada Januari
hingga Mac 2007 kepada 351,624
TEU pada Jan-Mac tahun ini,
peningkatan sebanyak 32 peratus.
Pelabuhan itu menetapkan sasaran
mencatat 1.5 juta kontena tempatan
tahun ini.
Bagi penghantaran antara kapal,
Westports berkata dalam tempoh
suku pertama tahun ini, ia mencatat
730,101 TEU atau peningkatan
13.6 peratus berbanding 644,449
TEU pada suku pertama 2007.
Jumlah keseluruhan kontena Westports
tahun lepas ialah 4.3 juta TEU
termasuk 1.3 juta kotak tempatan.
Bahagian pasarannya di Pelabuhan
Klang ialah 62 peratus.
Utusan, 07.04.2008
|