|
KUALA LUMPUR - Selepas mengalami
pembangunan kira-kira 50 tahun,
kita boleh menyatakan bahawa
negara ini memiliki salah satu
infrastruktur yang terbaik di
dunia di segi jalan raya, lapangan
terbang, pelabuhan dan malah
Koridor Raya Multimedia.
Kita hanya
menyedari tentang perkara itu
sehingga kita melawat negara-negara
jiran atau semasa kita menerima
para pelawat dari Amerika Syarikat
atau Eropah.
Semasa para
pelawat berkenaan meninggalkan
Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur, sambil merasai
perjalanan menggunakan lebuh
raya, melawat KLCC atau membeli-belah
di kompleks membeli belah di
sekitarnya, mereka terus boleh
mengakses Internet. Kesemuanya
menyatakan negara kita lebih
baik dari negara-negara maju.
Kerajaan telah
melakukan banyak usaha agar
setiap rakyat memiliki sebuah
rumah, setiap murid mempunyai
mejanya sendiri di sekolah,
setiap pesakit di hospital mempunyai
katilnya sendiri dan malah negara
ini menyediakan pekerjaan bagi
setiap 2.5 juta pekerja asing.
Kebelakangan
ini, kerajaan telah mengambil
langkah untuk menambah baik
upah kakitangan kerajaan sambil
ahli perniagaan telah menaikkan
kos barangan makanan di kedai-kedai
runcit atau restoran.
Sambil negara
ini memiliki infrastruktur kelas
pertama, kita masih dibayar
upah dunia kelas ketiga.
Sambil ekonomi
negara telah berkembang sejak
50 tahun lepas - pada kadar
6.0 hingga 8.0 peratus setahun,
pemberian upah tidak sepadan
dengan pertumbuhan sedemikian.
Sehubungan itu, kebanyakan syarikat
sektor swasta masih membayar
upah dunia ketiga.
Kita tidak
berupaya untuk mengukur diri
kita dengan indeks McDonalds
bagi mengukur berapa bilangan
rakyat kita mampu membeli McD.
Malah, kita tidak boleh menyatakan
kita boleh menggunakan indeks
Astro bagi mengukur berapa bilangan
rakyat yang termampu melanggani
Astro di rumah masing-masing,
yang saya percayai kurang dari
10 peratus.
Keadaan itu
menjadi lebih rumit apabila
kita menyatakan berapa bilangan
penduduk negara ini yang termampu
membeli komputer bagi rumah
masing-masing.
Kita boleh
meminta mendapatkan infrastruktur
kelas pertama tetapi bolehkah
penduduk kita mampu menggunakannya?
Persoalan pertama
ialah mampukah penduduk negara
kita memiliki telefon bimbit,
membayar tol di lebuh raya,
komputer dan cukai yang tinggi
dikenakan terhadap kereta? Dengan
itu, bagi bergerak seiringan
dengan pertumbuhan ekonomi kita
dan infrastruktur yang hebat
dan canggih, pemberian upah
sektor swasta perlu dipertingkatkan.
Amat menyedihkan
bahawa selepas 50 tahun, kita
masih belum mempunyai struktur
paras upah minimum dan kita
membawa masuk pekerja asing
yang dengan gembiranya kita
bayar upah di bawah RM600.
Sebaliknya,
kita mempunyai 950,000 rakyat
Malaysia di seberang laut, yang
termasuk 150,000 pekerja profesional,
disebabkan skala upah di seberang
laut yang lebih baik.
Mungkin kita
perlu membandingkan bukan sahaja
percukaian di negara lain dan
meminta kerajaan mengurangkan
cukai pendapatan dan cukai korporat.
Kerajaan telah
melaksanakan usaha yang baik
untuk menaikkan pemberian upah
kepada kakitangan awam sebanyak
35 peratus.
Sektor swasta
telah mengeluh bahawa harga
petrol telah meningkat sebanyak
100 peratus, harga keluli meningkat
100 peratus dan harga makanan
meningkat 50 peratus. Sungguh
pun begitu, mereka cuba mengehadkan
kenaikan upah antara 6.0 dan
10 peratus.
Kita perlu
mempunyai pembayaran upah dengan
segera kerana walau di paras
RM600 sekali pun, siapa yang
termampu untuk hidup di Malaysia?
Hanya lihat
pada kos sewaan rumah dan kos
sebantal roti bagi sarapan pagi,
makan tengah hari dan makan
malam. Ini belum lagi ditambah
kos pengangkutan, kemudahan
di rumah dan kos mendidik anak-anak
kita.
Sejak 50 tahun
lepas, pembayaran upah di Singapura
telah meningkat 7.5 kali daripada
upah di Malaysia.
Lima puluh
tahun lepas, pembayaran upah
dan kadar mata wang kita adalah
sama. Hari ini, upah di seberang
Tambak Johor tiga kali lebih
tinggi dan mata wangnya 2.5
kali lebih tinggi.
Secara perbandingannya,
pendapatan rakyat di Hong Kong
lebih tinggi dari di Singapura
dan rakyat Jepun menerima pendapatan
lebih dari rakyat Hong Kong.
Kerajaan bertanggung
jawab terhadap infrastruktur
kelas pertama dan kenaikan upah
yang tinggi sebanyak 35 peratus
kakitangan kerajaan.
Siapakah yang
bertanggung jawab bagi pembayaran
upah kelas ketiga di Malaysia?
Siapakah yang menyebabkan lebih
sejuta rakyat Malaysia keluar
untuk mencari rezeki di seberang
laut? Tidakkah kita memerlukan
modal insan berkenaan di dalam
negara ini?
Oleh
TAN SRI G.GNANALINGAM
(Pengerusi Eksekutif Westports)
Utusan Malaysia
|